Tuesday, March 2, 2010

Penilaian Status Pemakanan

Berikan definisi bagi istilah yang berikut:

a. basal energy expenditure
b. basal metabolic rate
c. calorie (kcal)
d. doubly labeled water (DLW)
e. estimated energy requirement (EER)
f. physical activity level (PAL)
g. resting energy expenditure (REE)
h. resting metabolic rate (RMR)
i. total energy expenditure (TEE)

Huraikan perbandingan antara BEE & REE.

Huraikan komponen bagi TEE.


a. Basal energy expenditure : Penggunaan tenaga asas.Pengukuran kadar metabolisme asas dalam 24 jam,diukur dalam unit kilokalori per 24 jam (kcal/24 hours)


b. Basal metabolic rate (Kadar Metabolisme Asas): Kadar penggunaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti matabolik sel-sel dan tisu-tisu contohnya dalam sistem peredaran,respirasi dan sistem percernaan.Dinyatakan dalam unit kilokalori bagi setiap kilogram berat badan per jam.Ukuran dibuat pada waktu pagi,10 -12 jam selepas pengambilan makanan,minuman,alkohol dan nikotin.


c. Calorie (kcal) : Jumlah tenaga yang digunakan untuk menaikkan suhu 1 ml air kepada 15°C dengan 1°C.


d. Doubly labeled water (DLW) : Digunakan untuk mengukur jumlah penggunaan tenaga dengan stable 2 isotop air (deuterium [2H2O] dan oxygen [H218O]). Perbezaan menghasilkan 2 isotop diukur melalui kadar penghasilan karbon dioksida,dan seterusnya jumlah tenaga yang digunakan dapat diukur.


e. Estimated energy requirement (EER) (Purata Pengambilan Tenaga) : Purata pengambilan diet untk mengekalkan keseimbangan tenaga mengikut umur,jantina,berat,tinggi,
dan tahap aktiviti fizikal individu.


f. Physical activity level (PAL) : Tahap aktiviti fizikal bagi jumlah aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu dalam satu jangkamasa yang ditetapkan.PAL diukur dengan kiraan jumlah penggunaan tenaga per penggunaan tenaga asas (TEE/BEE)


g. Resting energy expenditure (REE) : Penggunaan tenaga semasa rehat.Ia adalah penting untuk fisiologi dan homeostasis (keseimbangan) tubuh.Aktiviti ini termasuklah dalam sistem peredaran,respirasi,sintesis sebatian organik,pengepaman ion merentasi membran dan penyelenggaraan suhu tubuh.Hampir 60% daripada REE boleh diukur melalui haba yang dihasilkan oleh jantung,otak,hati dan ginjal.Penggunaan tenaga semasa rehat ditulis dalam unit kcal/24 jam.


h. Resting metabolic rate (RMR) : kadar metabolik semasa rehat.Tenaga yang digunakan untuk fisiologi dan homeostasis (keseimbangan) tubuh badan. Penggunaan tenaga semasa rehat adalah lebih tinggi berbanding nilai kadar metabolisme asas dalam lingkungan 10-20% lebih tinggi tertakluk kepada jumlah penghasilan tenaga daripada makanan yang diambil atau excess postexercise oxygen comsumption (EPOC).



i. Total energy expenditure (TEE) : Jumlah Penggunaan Tenaga.Jumlah penggunaan tenaga,kesan dari termogenesis dan thermic kesan daripada aktiviti yang memerlukan tenaga yang diukur dalam masa 24 jam.

No comments:

Post a Comment