Tuesday, March 2, 2010

Imam al Ghazali

Imam al-Ghazali mempunyai tempat istimewa dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam dan menduduki ruangan puncak di antara tokoh-tokoh aliran Asya’ari, begitu juga beliau menduduki kedudukan yang terkemuka di antara tokoh-tokoh sufi. Beliau seolah-olah sebuah matahari benderang yang di waktu lahirnya akan melenyapkan bintang-bintang yang lain. Dari itu kita dapati kelahiran al-Ghazali di Timur telah melenyapkan ramai ahli-ahli pemikir di zamannya. Pengaruh pemikiran beliau telah meluas ke Barat, tetapi Barat di waktu itu sedang asyik dengan ilmu falsafah yang tercetus dari pemikiran Ibnu Rushd
Al-Imam al-Ghazali telah bertugas selaku selaku pengetua Sekolah Tinggi al-Nizamiah di Baghdad di antara tahun 1092 dan 1096, kemudian beliau bersara dri jawatannya dan lantas mengembara ke pelbagai pelusuk bumi untuk mencari “hakikat”. Penjelajahannya berakhir di Tus tempat tumpah darahnya. Kemudian beliau dipaksa oleh Sultan supaya mengajar di Sekolah Tinggi al-Nizamiah di Naysabur. Tetapi tak lama selepas itu beliau meletakkan jawatan dan kembali menetap di rumah kediamannya yang kemudian berubah menjadi sekolah kepada para penuntut ilmu dan pusat ibadat kepada para sufi dan ‘abid.
Keunggulan falsafah al-Ghazali dan fikirannya dapatlah dinilaikan apabila kita memperhatikan satu hakikat yang penting, iaitu al-Ghazalilah yang telah meletakkan garis-garis pokok falsafah Barat mulai dari Descartes hingga kepada Bergson.
Dalam bukunya, “Sejarah Falsafah” (History of Philosophy), George Henry Lewis telah memperkatakan tentang kitab al-Ghazali “Ihya-Ulumuddin”, dalam mana beliau menegaskan sejauh mana ahli-ahli falsafah Barat berpegang dengan fikiran-fikiran al-Ghazali di dalam pengajian-pengajian mereka. Kata beliau, “Pengarang ini (al-Ghazali) telah mengemukakan pendapat-pendapat ilmiah dan metode kajian yang kemudiannya lahir begitu jelas di dalam buku Descartes, “Discourse Sur Iu Methode” sehingga jika ada naskhah terjemahan kitab Ihya Ulumuddin di waktu itu, sudah tentu tulisan Descartes ini merupakan satu cebakan atau penciplakan yang nyata.

1 comment:

  1. Antara Al Ghazali dan Descartes, memang seperti itulah keadaanya.

    ReplyDelete