Tuesday, March 2, 2010

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi
menceritakan masalah yang dihadapi berhubung
dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila
berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-
rakan setelah berubah dari wanita yang
berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup
aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh
Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian
tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi
tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap
pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan
siswi-siswi yang bergiat dalam program
berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap
perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-
standard dan kronism yang diamalkan.
Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah
sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik,
agak payah untuk menerima orang yang baru
mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi
berhadapan dengan ibu yang tidak memahami
sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut
kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu
perkara yang mudah semudah mengalihkan
sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain.
Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang
melibatkan persepsi masyarakat sekeliling
terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk.
Adalah penting adanya pemahaman terhadap
matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi
agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah
hijrah kepada kebaikan dan memerlukan
ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi.
Dalam satu perubahan, sokongan dari segi
spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan
sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga
dari masyarakat sekeliling khususnya mereka
yang faham tentang Islam. Meskipun siswi
tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula
bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-
rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham
dan tidak memandang diri sebagai individu yang
bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping
dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep
inverse response (respon songsang ~ rujuk
Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian.
Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan
daya yang tinggi untuk diterima dan konsep
bersabar terhadap time delay (masa lengah yang
diperlukan sebelum satu sistem berfungsi)
diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi
yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan
diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar
menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur
dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam
sistem badan seekor lembu akhirnya keluar
sebagai susu yang suci yang mendatangkan
kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan
bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari
badan seekor lembu melalui proses perahan untuk
bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya
sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.
Persekitaran memerlukan masa untuk menerima
sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana
ia melibatkan penjagaan penglihatan yang
berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran
yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat
yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum
wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana
sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap
aurat lelaki tidak berapa penting sehingga
memakai seluar yang menampakkan lutut ketika
bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah
perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah
lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki.
Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu
bapa memainkan peranan penting terhadap
pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga
perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak
alpa akan arus dunia semasa yang membawa
kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan
spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu
dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika
dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang
boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai
jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan
suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu
objek yang mempunyai jisim tertentu menerima
suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik
Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3
jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh,
berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah,
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi
masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang
lebih selesa memaparkan rambut yang lurus
setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan
keputihan dan kehalusan kulit lengan,
mendedahkan kerampingan bentuk badan dan
berhias laksana model-model muka hadapan
majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan
emosi wanita terhadap tekanan yang diberi
berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan
mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam,
semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi
dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga
sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang
tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang
sederhana dan wanita C mempunyai tahap
ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai
jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam
suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan
ketahanan seseorang terhadap tekanan yang
dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia
mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang
membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka
bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah
wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam)
mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah
baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung"
wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita
sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans
dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan
suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa,
agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita
adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan
yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam
di mana wanita berhadapan dengan perubahan
biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan
yang berlaku semasa bersalin), menopause
(berlaku pengurangan hormon estrogen) dan
tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu
objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu
kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana
tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental
ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan
yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan
personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu
jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif
ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain
yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan
pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut
serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy,
ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika
perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan
berkemampuan mengawal perkataan yang
dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy
tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang
seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya
terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika
marah. Tapi kembali normal setelah beberapa
ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah
menegur seorang studiomate wanita yang
menggunakan spray dengan cara yang salah
ketika menyembur model yang dibuat sehingga
menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam
keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk
walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan
yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu
tetha sedang dikenakan terhadap studiomate
tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan
kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai
stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang
dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak
sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak
stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi,
sukar menerima nasihat, memandang rendah atas
kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki
yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka
yang menjaga cara pemakaian dengan baik
mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat.
Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu
yang faham tentang Islam, individu yang kurang
faham tentang Islam dan individu yang tidak faham
tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi
berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah
salah satu cara yang sesuai kerana tak semua
daripada mereka akan menerima jika
menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah
berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat
berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan
belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku
pada mereka yang mengambil jurusan agama dan
mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika
perspektif ini berterusan, mereka tidak akan
mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari,
melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu
Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat
antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata
tempat seterusnya mencapai kecemerlangan
menyeluruh.

1 comment:

  1. Tritanium Alloy - Titsanium-Arts.com
    Tritanium Alloy. titanium dioxide skincare $1.99. $4.95. 1,800. 2,500. 3,500. 4,000. 5,000. 6,000. 7,000. micro titanium trim 8,000. 9,000. 10,000. titanium curling wand 11,000. 12,000. titanium 170 welder 13,000. black titanium ring 14,000. 15,000.

    ReplyDelete