There was an error in this gadget

Tuesday, March 2, 2010

DEFINISI OBJEKTIF PENGAJARAN
• "Objektif pendiddikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan." (B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain)
• "Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangakn apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." (R.J. Kibler, et.al(1981). Objectives for Instruction and Evaluation.)
Tegasnya:
Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran.
• Hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajarn berlaku pada pelajar-pelajar.
Objektif pengajaran TIDAK:
• memberitahu atau menerangkan kepada guru bagaimana hendak mengajar (apa kaedah/strategi pengajaran dan apa-apa jenis bantuan teknolgi yang patut di gunakan);
• memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bagaimana hendak belajar.


FAEDAH-FAEDAH OBJEKTIF PENGAJARAN
• membatu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan.
• memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar.
• memberi asas kepada guru dalam melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.
• menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.
Dua Jenis Objektif
• Objektif Am
• Objektif Spesifik
KOMPONEN-KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN
• Pelaksana
• Perlakuan
• Hasil perlakuan
• Syarat perlakuan
• Kriteria perlakuan
CONTOH-CONTOH KATA KERJA YANG MENYATAKAN OBJEKTIF PEMGAJARAN
Domain Kognitif
• Pengetahuan: mendefinisi, menamakan, mengenalpasti, menyenaraikan, melabelkan, memilih, menyesuiakan, menyatakan, menulis, menjelaskan.
• pemahaman: membezakan, menukarkan, menganggarkan,menelaah, menulis, menjelaskan.
• Aplikasi: mengira, mengubah, menginterpretasi, menyediakan, melakar, melukis, menyelesai, menggunakan, menunjukkan, mengeluar, mengaitkan.
• Analisis: mengasingkan, memberi contoh, memilih, membezakan, mengenalpasti, mengaitkan, memecah, menunjukkan , membuat ringkasan,membuat inferens.
• Sintesis: mengkategorikan, meggabungkan, menyusun semula, menerangkan, merancang, membina semula, menyatakan semula, mengarang, meringkaskan, menulis semula.
• Penilaian: menilai, membezakan, membincangkan, membahas, menghuraikan, memberi hujah, membuat kesimpulan, membuat justifikasi, menyokong,mengutarakan.
Domain Psikomotor
membuat,memasang, membina, mengubah, membersih,melicinkankan, mencampurkan, menanam, mengecat, membuatcontoh, menggunakan, menyediakan, menyiapkan, menggerakkan, melekatkan, menyusun, menjaga, menghidang, mengemas, membungkus, merawat, memperbaiki.
Domain Afektif
mengamalkan, menunjukkan, mematuhi, melakukan, menyenaraikan, mencadangkan, berkongsi, menonjolkan, membandingkan, membezakan, menghubungkan, mengaitkan.
CONTOH-CONTOH OBJEKTIF PENGAJARAN YANG MENGANDUNGI KELIMA-LIMA KOMPONEN TAKSONOMI BLOOM
• Setiap pelajar dapat mengira dengan tepat dalam masa tiga minit jumlah dividen yang diperolehi daripada sesuatu pelaburan berdasarkan kepada data yang diberikan.
• Semua pelajar dapat menyatakan secara bertulis tanpa merujuk kepadabuku teks, sekurang-kurangnya 3 jenis kesalahan yang sering terdapat dalam Imbangan Duga dan 3 cara untuk mengatasinya.
• Tiap-tiap pelajar boleh menunjukkan dengan betul cara-cara merekod maklumat dalam buku tunai.
• Bekerja dalm kumpulan 5 orang, setiap kumpulan dapat menghasilkan satu kertas projek sepanjang 2000 patah perkataan pada saiz kertas A4 mengenai "Penubuhan syarikat Berhad dan pembahagian syer kepada ahli yang terlibat.
• Setip pelajar, dapat menunjukkan kebolehan bekerjasama dan berinteraksi secara telus melalui sesi perbincangan dalam kumpulan 6 orang mengenai penyediaan penyata pendaoatan bagi sesebuah syarikat yang dibuat dalam masa 20 minit, mengikut senarai semak pemerhatian yang disediakan.



Beberapa Prinsip Pengajaran
• Pengajaran perlu dirancnag dan disediakan mengikut yahuna, semeter, mingguan dan harian.
• Isi kandungan pelajaran berasaskan sukatan peljaran buku teksdan rujukan serta keperluan peperiksaan (sekirnya ada) dan dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia da pelajar daripada apa yang tahu kepada yang tidak tahu, daripada yang senang kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
• Pelajar-pelajar perlu dimotivasi dengan menggunakan sebanyak deria rangsangan yang boleh.
• Pengajaran perlu berpusat kepada pelajar, iaitu sebagai klien/pelanggan utama guru penglibatan aktif pelajar dalam proses P&P penting melalui pelbagai aktiviti pembelajaran.
• Strategi/kaedah pengaran perlu dipelbagaikan, sesuai dengan topik/isi pelajaran yang diajar serta stail pembelajaran pelajar guru berdaya lentur dan mempunyai "repertoire of teaching approaches".
• Daya pemikiran pelajar perlu sentiasa dicetuskan, tidak setakat menerima maklumat tetapi menegaskan jawapan kepada soalan-soalan Mengapa?Dan bagaimana?Pemilihan strategi/kaedah pengajaran perlu sesuai untuk tujuan ini.



Berapa Prinsip Pembelajaran
• Pelajar perlu bersedia untuk belajar (kesediaan pembelajaran)
• Pelajar perlu faham sebab-sebab untuk belajar (motivasi untuk pelajar)
• Isi pelajaran cukup mudah untuk dikuasai dan cukup susah untuk mencabar/merangsang pelajar (tahap kesukaran yang isi pelajaran sesuai).
• Pembelajran dilakuakn sendiri oleh pelajar melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran termasuk penyelesaian masalah, bukan dilakukan oleh guru atua orang lain (pembelajaran tidak boleh diwakilkan).
• Persekitaran pembelajaran - suasana sekolah, bilik darjah, sumber-sumber pendidikan, guru-guru penyayang sesuai dan cukup (persekitaran pembelajaran yang conducive).
• Guru bertindak sebagai penggerak, pendorong, penyokong dan pemudah cara kepada pelajar (sokongan emosi dan intelek yang berterusan).


Perlunya Pelbagaian Kaedah Mengajar
"Mahir hanya dalam satu penggunaan kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang pengajara dan pembelajaran oleh kerana tidak ada satu pendekatan pun yang boleh dianggap terbaik da;lam semua aspek, setiap masa dan dengan semua pelajar. Sesungguhnya mengetahui satu jenis teknik mengajar sahaja ATAU menghadkan kepada penggunaan suatu kaedah pengajaran tertentu akan menjejaskan kecekapan /keberkesanan guru dan justeru itu pembelajaran pelajar."
(I.N.Thut & J.R. Gerberich: Foundations of methods in Secondary schools)
Antara PEDAGOGI Dan Kurikulum
"Pedagogi, sebagai satu sans dan seni pengajaran merupakan sebelah "kaki" yang menyokong pengajaran berkesan sementara sebelah "kaki" lagi ialah kurikulum. Mengajar secara terbaik perkara-perkara yang tidak berguna ATAU mengajar secara buruk perkara-perkara yang penting. Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan."
(M.Hunter: Knowing Teaching and Supervising)
Kepelbagaian Kaedah Pengajaran Membolehkan Guru:
• Mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan dalam mencapai objektfi-objektif pengajaran yang dirancang, berdasarkan kepada keperluan pelajar, mata pelajaran yang dipelajari dan persekitaran institusi.
• Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar, lantas meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yangproduktif.
• Mengelakkan diri daripada dibelenggu oleh buku teks dan kaedah "chalk & talk" semata-mata.
• Meningkatkan "repertoire" pengajarankerana penguasaan pelbagai kaedah pengajaran menjadikan guru berdaya lentur, dapat mengubah kaedah pengajaran bila dan dimana perlu, mengikut situasi.
• Mengamalkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah yang dijangka dapat mewujudkan keseronolan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN STRATEGI KAEDAH PENGAJARAN
• latar bellakang pelajar: peringkat umur, pengalaman/ pengetahuan sedia ada, minat
• stail pembelajaran (kesediaan pembelajaran)
• Isi kandungan pelajaran: tajuk - konkrit? abstrak? mudah? kompleks? teori? amali? ulangan? perkara baru?
• Objektif pengajaran: berapa dan bentuknya? dalam domain taksonomi apa dan peringkat mana?
• Sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM): yang didapati dari institusi, yang boleh didapati dari luar institusi atau yang boleh disediakan oleh guru dan pelajar.
• Peruntukan masa: berapa waktu? berapa minit? bila? pagi? tengah hari? petang?
• Latar belakang guru: pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizan/kemahuan (kesediaan pengajaran)
PENTINGNYA KAEDAH PENGAJARAN
"Perbezaan dalam pembelajaran yang berlaku kepada pelajar berkait rapat dengan BAGAIMANA bahan bahan pelajaran dikemukakan. ‘BAGAIMANA’ diertikan sebagai teknik pengajaran ini dapat menghasilkan perbezaan yang signifikan kepada kejayaan pembelajaran pelajar."
(P.B. Guild and S. Garger: Marching to Different Drums)


BEBERAPA KAEDAH PENTING PENGAJARAN
• Kaedah Menyoal
• Kaedah kuliah/syarahan
• Kaedah perbincangan
• kaedah sumbang saran
• kaedah perbahasan
• kaedah demonstrasi
• kaedah projek
• Kaedah kes
• Kaedah penyelesaian masalah
• kaedah permainan
• Kaedah simulasi
KAEDAH MENYOAL
• wahana utama interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran
• untuk menerokai pengalaman/pengetahuan pelajar
• untuk meningkatkan ingatan isi-isi pelajaran yang penting
• untuk tujuan ulangkaji
• untuk merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan hingga tahap penilaian dan domain kognitif
• perlu wujud dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran
"Seni pengajaran sebahagian besarnya seni mengutrakan sebanyak tugasan yang mungkin kepasda pelajar. Dia belajar dengan membuat dan berfikir, dan satu daripada wahana pengajaran yang berkesan untuk mewujudkan keadaan ini ialah penyoalan."
(L.Gartside (1970): Teaching Business Subject)
PENTINGNYA SOALAN-SOALAN DARIPADA PELAJAR
"Sebenarnya satu cara menilai keberkesanan sesuatu pengajaran ialah dengan mengira bilangan soalan yang baik yang diutarakan oleh pelajar-pelajar daripada yang diutarakan oleh guru."
(L.S. Kenworthy (1972): A Guide to Social Studies Teaching)
Beberapa Pertimbangan Penting dalam kaedah menyoal
• soalan-soalan jelas dan tepat
• selepas sesuatu soalan berhenti sekejap, memberi masa kepada pelajar berfikir (wait-time)
• taburan soalan secara rambang
• peneguhan melalui maklum balas segera mengenai jawapan
• pelbagai tahap kesukaran dan jenis item soalan diutarakan
• pelajar-pelajar sendiri perlu digalakkan mengutarakan soalan


Jenis-jenis Soalan Yang perlu dielakkan/diminimumkan:
• Soalan "Ya-Tidak"
• Dua soalan sekali gus
• Solaan kabur
• Soalan yang memberi jawapan
KAEDAH SYARAHAN / KULIAH
• untuk menyampaikan maklumat yang telah dirancang
• lebih sesuai untuk sekolah menengah atas
• pelbagai ABM yang relevan digunakan
• diselang-seli dengan kaedaah menyoal
• dicatat isi-isi penting di papan tulis
• bahasa dan intonasi yang baik digunakan
• digunakan "sense of humor"
• ada perbincangan pada akhir sesi kuliah
• intisari isi (fakta-fakta, data-data, istilah-istilah) dan soalan-soalan pokok disediakan
• penyampaian dibuat secara informal dan tenang
• ditentukan dulu pelajar tahu mengambil nota yang penting
• kerja susulan diberikan: penilaian bertulis, kerja rumah atau tugasan tambahan, rujukan tambahan
Kebaikan Kaedah Syarahan/Kuliah
• saiz kelas tidak terhad
• banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang singkat
• topoik-topik baru dapat diperkenalakan dengan mudah
• dapat digunakan untuk meringkaskan sesuatu topik
• dapat memberi contoh "pidato umum" kepada pelajar, jika disampaikan dengan baik
• berkesan kalau dibantu dengan alat-alat bantu teknologi pendidikan yang sesuai
Kekurangan kaedah syarahan/kuliah;
• cepat membosankan
• tidak pasti pelajar memahami maklumat yang disampaikan
• bersifat monolog --- tidakada penglibatan aktif pelajar-pelajar
• pembentukan konsep-konsep yang salah mungkin berlaku dikalangan pelajar, jika tidak cukup penerangan
• tendensi guru membaca teks syarahan/kuliah
KAEDAH PERBINCANGAN
• untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pertukaran idea secara bebas
• Sebahagian besar daripada pelajar mengambil bahagian
• Sesuatu idea yang disumbangkan/ dikemukakan terus diberi reaksi(dinilai)


BEBERAPA PERTIMBANGAN DALAM KEADAH PERBINCANGAN
• ada isu utama berdasarkan topik dan objektif-objektif pengajaran
• dirancang engan rapi - isu dan soalan-soalan pokok disediakan untk memberi fokus kepada pelajar-pelajar terlebih dahaulu; ada peraturan asas dan tatacara perbincanagan termasuk masa dan corak persembahan hasil perbincangan
• guru bertindsak sebagai penggerak/fasilitator
• menentukan penglibatan pelajar seramai yang mungkin dan mengelak monopoli segelintir pelajar
• penilaian setiap idea yang di sarankan dibuat secara objektif tanpa emosi/menyentuh peribadi
• rumusan atau ringkasan idea-idea dan kesimpulan perbincanagan disediakan dan dikemukakan oleh waki-wakil setiap kumpulan
• berkesan digunakan dengan kaedah-kaedah lain
• elok diberikan nama kepada setiap kumpulan terlebih dahulu agar dapat memberi dorongan / semangat kepada pelajar
KAEDAH SUMBANG SARAN
• menggalakkan penggunaan daya imiginasi / pemikiran kreatif pelajar
• idea-idea dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang ditetapkan
• untuk mencari idea-idea yang baru
- dalam penyelesaian sesuatu masalah
- dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi
-dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa
• beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan (pada paapn tulis/kertas saiz besar
• 2 pilihan setelah tamat sesi sumbang saran;
- memberi masa kepada pelajar memikirkan idea-idea atau maklumat-maklumat tambahan penilaian idea-idea ditangguhkan
ATAU
- menilai idea-idea yang disaranakan bagi menentukan yang mana berpotensi bagi mencapai objektif sumbang saran
Peraturan Sumbang Saran
• sebarang idea diteriama
• dilarang mengkritik sebarang idea
• sebanyak idea yang mungkin diperlukan
• idea-idea disarankan secara spontan
• idea-idea yang dikemukakan boleh diguanakan/diperkembangkanoleh pelajar- pelajar lain



Keberkesanan Sesi Sumbang Saran Bergantung Kepada;
• siakp positif gur dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar
• suasana terbuka untuk membolehkan pelajar-pelajar berani mengemukakan idea wlaupun dianggap tidak penting
• guru bertindak sebagai penyederhana (moderator) memastikan idea-idea diutarakan secara bebas,tanpa kritikan
• idea-idea yang dipilih / diperkemaskan dan diguanakan sebaik-baiknya
KAEDAH PERBAHASAN
• kaedah formal untuk menggalakkan perbincangan perkara/isu kontraversial
• suasana persaingan sihat untuk menganalisis/menilai sesuatu isu secara rasional
• melatih mengemukakan pendapat secara terbuka (latihan "pidato umum")
• faedahlebih kepada pembahas-pembahas -- pihak pencadang dan pembangkang
• tajuk ditentukan dulu
• perbincangan sebelum oleh ahli-ahli setiap pasukan
• penyelidikan perlu dibuat
KAJIAN KES
• memberikan pnekanan kepada pelajar-pelajar menggunakan maklumat/data sebagai asas pemikiran.Pembelajaran melalui perbicangan dan soal jawab mengenai apa yang apa yang tersurat dan tesirat dalam kes-kes yang diutarakan. Idea dihasilkan oleh pelajar-prlajar dan guru bertindak sebagai pemudah cara dan penyederhana,
• Penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam pemikiran, menganalisis serta membuat generalisasi dan kesimpulan.
• digunakan sebagai satu kaedah P&P untuk mengkaji aspek-aspek/ciri-ciri penting sesuatu personaliti/unit/bahagian/tugasan seluruh institusi peniagaan , pemasaran dan sbagainya.
• setiap kes yang dikaji perlu pendek, iaitu melibatkan dua atau tiga isu sahaja. Beberapa soalan pokok disediakan sebagai fokus kepada isu-isu yang ditimbulkan dalam kes tersebut.
• kajian kes boleh diasaskan kepada; *dokumen-dokumen *petikan-petikan daripada buku/majalah/akhbar/intrnet *data-data kajian *naratif-naratif benar/rekaan mengenai individu/institusi *lawatan-lawatan pendidikan *pita video
• kajian kes sesebuah institusi peniagaan boleh dibuat daripada perspektif berikut:
- sejarah penubuhan
- status semasa perniagaan
- sumber-sumber perniagaan
- pemilikan
- pesaingan
- strategi pemasaran -- keluaran, harga, agihan, promosi.
- dasar perlindungan daripada risiko-risiko
- kemudahan komunikasi/pengangkutan
- rancanagan pekembangan masa hadapan
(masalah-masalah dan kekuatan-kekuatan institusi diambil kira)
• prosedur-prosedur kajian kes
i.fasa penjelasan melalui perbincangan mengenai fakta-fakta kes yang dikemukakan.
ii.fasa pengenalpastian isu-isu yang kontroversi (yang mempunyai pelbagai interpretasi) mengenai masalah,kekuatan dan peluang yang wujud secara tersurat/tersirat.
iii.fasa membuat keputusan berdasarkan kepada isu-isu yang ditimbulkan bagi menentukan langkah-langkah/strategi-strategi/ dasar-dasar efektif yang boleh diambil dan mengapa, untuk memperbaiki keadaan.

2 comments: