Tuesday, March 2, 2010

Kesihatan dan Kecergasan

Kecergasan ditakrifkan di mana seseorang itu boleh melakukan aktiviti² harian dengan efektif,mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti riadah dan mempunyai tenaga yang cukup ketika waktu kecemasan.Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.

Apakah kepetingan senaman?

Kepentingan senaman ialah ia boleh meningkatkan kecergasan fizikal,memperbaiki keseimbangan,koordinasi dan gaya jalan,meningkatkan tenaga untuk melakukan tugas harian,memepertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan,mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental,mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung,memepertingkatkan kawalan glukosa darah,melambatkan osteoporosis serta berpeluang bergaul dengan orang ramai.

Apakah komponen kecergasan fizikal?

2 komponen kecergasan fizikal iaitu ‘skill related’ dan ‘health related’.

Apakah perbezaan keduanya?

Skill related melibatkan kekuatan,kelajuan,ketangka
san,keseimbangan,koordinasi dan masa reaksi manakala health related melibatkan kecergasan aerobic,komposisi badan,ketahanan otot,kekuatan otot dan fleksibiliti.

Nyatakan 5 prinsip dalam senaman.

5 prinsip dalam senaman ialah kecergasan aerobic,kekuatan otot,ketahanan otot,komposisi badan dan fleksibiliti.
Kecergasan aerobic bermaksud keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga di mana karbohidrat dan lemak dibakar untuk dijadikan sebagai sumber tenaga.
Kekuatan otot bermaksud tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
Ketahanan otot bermaksud keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Fleksibiliti bermaksud keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerakan dalam lingkungan yang penuh.





Apakah sumber tenaga semasa melakukan senaman?

=ATP merupakan sumber tenaga yang digunakan di dalam tubuh.Sumber tenaga semasa senaman dibahagikan kepada 3 iaitu sumber tenaga segera,sumber tenaga non oksidatif (glikolitik) dan sumber tenaga oksidatif.Penggunaan sumber tenaga ini bergantung kepada durasi kerja yang digunakan.

Nyatakan 3 jenis otot yang digunakan semasa senaman.

Terdapat 3 jenis serat tisu otot skeletal iaitu slow twicth fiber (jenis I),fast twicth fiber (jenis IIa) dan fast twicth fiber (jenis IIb).
Slow twicth fiber bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga oksidatif iaitu daripada karbohidrat,protein dan lemak.
Fast twicth fiber jenis IIa bergantung kepada oksidatif dan glikolisis.
Fast twicth fiber jenis IIb bergantung kepada glikolisis.

Nyatakan respon senaman.

Respon senaman terbahagi kepada 2 iaitu respon akut dan kronik.
Respon akut melibatkan respon dalam masa yang singkat manakala respon kronik melibatkan dalam jangkamasa yang singkat dan kedua-duanya melibatkan perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan pada respiratori,kardiovaskular,otot,imuniti dan lain-lain.

Bagaimanakah haba boleh terhasil semasa bersenam?

Bagaimanakah haba dibebaskan semasa senaman?

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakukan senaman bagi mengelakkan gejala ’heat stress’?

Apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan?

Kesejahteraan bermaksud suatu kepanjangan yang berkaitan dengan kesihatan.Kesejahteraan boleh ditentukan dengan melalui genetik,usia dan faktor-faktor lain yang menjangkaui kawalan.

Nyatakan 6 dimensi kesejahteraan.

6 dimensi kesejahteraan ialah kesejahteraan fizikal, emosi, intelektual, rohani, interpersonal dan sosial dan persekitaran.
Kesejahteraan fizikal bermaksud kesihatan optimum yang memerlukan amalan pemakanan yang sihat,senaman,mengelakkan tabiat yang merosakkan,pemeriksaan kesihatan yang regular dan pencegahan kecederaan semasa di rumah,jalan raya dan di tempat kerja.Ini secara tidak lansung akan meningkatkan kesejahteraan fizikal.
Kesejahteraan emosi termasuklah optimistik,kepercayaan,self-esteem,keyakinan diri,kawalan diri serta keupayaan berkongsi perasaan.Pengekalan kesejahteraan emosi memerlukan pengawalan serta pengembangan pemikiran dan perasaan serta mungkin memerlukan khidmat nasihat pakar.
Kesejahteraan intelektual termasuklah keupayaan menghasilkan idea-idea baru,
kebolehan berfikir secara kritikal,motivasi dalam mendapatkan ilmu baru, mempunyai unsur kecindan,krativiti dan sifat ingin tahu.Kesejahteraan intelektual akan mengenalpasti masalah,mencari jalan penyelesaian serta melakukan tindakan pembetulan.Mereka ini tidak akan berhenti belajar malah akan sentiasa mencari pengalaman serta cabaran baru.
Kesejahteraan rohani adalah penting bagi seseorang itu menetapkan suatu kepercayaan,prinsip-prinsip atau nilai yang bermakna kepada kehidupan terutamanya semasa menghadapi waktu yang sukar.Ini termasuklah perasaan cinta,pemaaf,keriangan serta perasaan kasih sayang.
Kesejahteraan interpersonal dan sosial bermaksud mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan baik,mempunyai nilai-nilai diplomasi serta menyemai sokongan terhadap kawan-kawan serta kaum keluarga.Kesejahteraan sosial memerlukan penyertaan serta sumbangan terhadap masyarakat,negara dan dunia amnya.
Kesejahteraan persekitaran diperoleh daripada kesihatan individu bermula dari bekalan makana sehingga ke kekecohan dalam persekitaran.Kesejahteraan memerlukan pembelajaran tentang cara-cara bagi menjaga persekitaran dalam menjadikan suatu persekitaran yang kondusif buat semua.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan?

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan ialah fizikal yang aktif,memilih diet yang sihat,mengekalkan berat badan yang optimum, menguruskan tekanan yang efektif,mencegah merokok dan menjauhi dadah serta melindungi diri daripada penyakit dan kecederaan.

Apakah itu kecergasan fizikal?

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseotang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.Ini di mana suatu keadaan di mana jantung,salur darah,peparu dan otot boleh berfungsi secara optimum dan efisien.Kecergasan umum merangkumi kecergasan umum dan spesifik.

Nyatakan kecergasan umum dan kecergasan spesifik.

Kecergasan umum merujuk kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung,kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Kecergasan spesifik merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa,kekuatan,daya tahan,kemahiran dan sebagainya.

Apakah kepentingan senaman aktiviti fizikal?

Kepentingannya ialah menjadi cergas,mengawal berat badan,membina stamina dan kekuatan,menguatkan kelenturan sendi,gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan fungsi jantung,paru-paru dan peredaran darah,menguatkan otot, tulang dan sendi,memperbaiki postur badan,mengurangkan tekanan mental serta melambatkan proses penuaan seperti menopaus dan osteoporosis.

Apakah prinsip-prinsip semasa melakukan senaman?

Semasa melakukan senaman aktiviti fizikal,terdapat komponen-komponen yang perlu dipenuhi bagi memastikan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.Komponen fizikal tersebut ialah daya tahan kardiovaskular atau kecergasan aerobik,kekuatan otot,ketahanan otot,kekuatan otot,fleksibiliti dan komposisi tubuh.
Kecergasan aerobik atau daya tahan kardiovaskular merupakan daya tahan otot khas teringgi yang melibatkan terutamanya jantung,saluran darah dan paru-paru.Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik,kuasa aerobik atau daya tahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik.Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi rehat.Kadar nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik.

Tahap kecergasan Denyut nadi
Sangat cergas Bawah 50 denyutan seminit
Cergas 51-69 denyutan seminit
Sederhana 70-80 denyutan seminit
Tidak cergas Lebih dari 80 denyutan seminit

Kecergasan muskular merangkumi kekuatan otot,daya tahan otot dan kuasa otot.
Kekuatan otot bermaksud kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya.Daya tahan otot bermaksud keupayaan seseorang melakukan kegiatan-kegiatan yang membebankan secara berterusan.Kuasa otot bermaksud kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif dalam jangkamasa yang terpendek sekali.
Fleksibiliti boleh dicapai dengan merenggangkan otot dan sendi tertentu. Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila suhu badan dinaikkan sedikit.Apabila suhu badan menurun,kemungkinan besar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20% kelenturannya.Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot dan sendi tertentu,otot dan sendi–sendi untuk membenarkan pergerakan yang licin tanpa menghadapi rintangan.Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot,ligamen,tendon dan struktur sendi seseorang itu.
Secara ringkas,boleh dikatakan sebagai kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin.Contohnya ialah menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut.
Komposisi lemak tubuh ialah penetuan isi kandungan badan yang menunjukkan peratusan lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang.Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan.Kegemukan boleh dikatakan satu keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20% atau lebih daripada keseluruhan berat badannya.Bagi seseorang wanita pula,apabila lemak badannya berjumlah lebih 30% atau lebih daripada keseluruhan berat badannya.

Bagaimanakah tubuh memperolehi tenaga semasa senaman?

Semasa melakukan aktiviti fizikal,tubuh memerlukan tenaga.Adenosin trifosfat merupakan bentuk tenaga yang digunakan di dalam tubuh.Justeru itu,ATP diperolehi melalui metabolisme karbohidrat (simpanan glikogen di otot) dan lemak (di seluruh tubuh) di dalam tubuh.Kombinasi kedua-dua sumber tenaga ini (karbohidrat dan lemak) digunakan semasa melakukan senaman.Semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi,karbohidrat digunakan sebagai sumber tenaga.Senaman yang berintensiti rendah memerlukan lemak sebagai sumber tenaga.Kaitan antara peratusan denyutan nadi maksima (%MHR) dengan sumber tenaga daripada karbohirat dan lemak dijelaskan seperti di dalam jadual di bawah:

Intensiti%MHR % Karbohidrat % Lemak
65 – 70 40 60
70 – 75 50 50
75 – 80 65 35
80 – 85 80 20
85 – 90 90 10
90 – 95 95 5
100 100 0


Nyatakan jenis-jenis otot skeletal.

Otot skeletal boleh dikelaskan kepada jenis I (slow twicth) dan jenis II (fast twicth) bergantung kepada jenis mekanisme yang digunakan dalam menghasilkan ATP.
Otot skeletal jenis I mempunyai banyak mitokondria,menyimpan oksigen di dalam mioglobin,bergantung kepada metabolisme aerobik dan berasosiasi dengan ketahanan keranna ATP dihasilkan secara perlahan.Kebanyakan pelari maraton lebih cenderung mempunyai otot jenis I.
Otot skeletal jenis II kurang mempunyai mitokondria,boleh menghasilkan kotraksi yang kuat,memetabolismekan ATP dengan cepat dan boleh mengumpulkan asid laktik.
Kebanyakan atlet angkat berat dan pelumba pecut lebih cenderung memiliki otot skeletal jenis II.Ia juga boleh dikategorikan sebagai 2 sub-jenis iaitu jenis IIa dan IIb.

Perbezaan jenis otot skeletal boleh dilihat di dalam jadual di bawah:
Jenis serat Serat jenis I Serat jenis IIa Serat jenis IIb
Masa kontraksi Lambat Cepat Sangat cepat
Saiz neuron motor Kecil Besar Sangat besar
Resistance of fatigue Tinggi Sederhana Rendah
Aktiviti Aerobik Anaerobik jangka panjang Anaerobik jangka pendek
Penghasilan daya Kurang Tinggi Sangat tinggi
Ketumpatan mitokondria Tinggi Sederhana Rendah
Ketumpatan kapilari Tinggi Sederhana Rendah
Kapasiti oksidatif Tinggi Sederhana Rendah
Kapasiti glikolitik Kurang Sederhana Tinggi
Simpanan terbanyak Trigliserida CP (creatine phosphat),glycogen Creatine Phosphat,glycogen


Apakah yang dimaksudkan dengan adaptasi akut dan kronik?

Semasa bersenam,akan ada perubahan fisiologi tubuh.Sebagai contohnya,senaman akan mengakibatkan perubahan pada sistem kardiovaskular di mana berlaku perubahan pada kadar denyutan jantung akibat senaman. Walaubagaimanapun,perubahan yang berlaku itu bersifat sementara.Ini dinamakan sebagai respon akut.
Senaman yang berterusan akan meningkatkan stamina seseorang.Sebagai contoh, kadar denyutan jantung akan berkurangan kesan daripada senaman yang berpanjangan.Perubahan ini dinamakan sebagai adaptasi kronik.

Apakah perkaitan haba dan senaman?

Tubuh menghasilkan haba semasa senaman.Tambahan pula,keadaan persekitaran yang panas turut menyumbang kepada peningkatan haba dalam tubuh.Badan manusia boleh mengawalatur keseimbangan haba dalam tubuh melalui 4 cara iaitu konduksi,konveksi,radiasi dan evaporasi.







Nyatakan kecergasan fizikal secara keseluruhannya.

Kecergasan fizikal merupakan salah satu daripada aspek kecergasan total (secara keseluruhan).Lain-lain aspek kecergasan termasuklah mental,sosial dan kematangan emosi.Terdapat 5 aspek kecergasan fizikal berkaitan kesihatan iaitu kardiovaskular,kekuatan otot,ketahanan otot,fleksibiliti dan komposisi tubuh.
Kecergasan aerobik bermaksud kebolehan untuk melakukan aktiviti fizikal seluruh tubuh dalam jangkamasa yang panjang.Ia memerlukan jantung yang kuat,peparu yang sihat dan salur darah yang baik bagi mengagihkan bekalan oksigen ke seluruh tubuh.Contoh aktiviti aerobik ialah berlari,berenang dan berbasikal.Seseorang individu perlu melakukan aktiviti secara berterusan selama 20 minit pada zon denyutan jantung sasaran (target heart rate zone).Kecergasan kardiovaskular boleh dikekalkan dengan melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Pengukuran tahap kecergasan aerobik boleh dilakukan dengan larian 20 meter.
Kekuatan otot bermaksud jumlah daya yang mampu ditampung oleh otot.Seseorang yang mempunyai kekuatan muskular yang tinggi sukar menghidap ssakit belakang dan boleh membawa berat yang efisien.Kekuatan otot boleh ditingkatkan dengan push-up ,mengangkat beban dengan kurang ulangan serta pull-up.Kekuatan muskular juga boleh ditentukan dengan melakukan aktiviti push up.
Ketahanan muskular bermaksud kebolehan untuk menggunakan otot berulangkali tanpa rasa penat yang melampau.Seseorang yang mempunyai ketahanan otot yang tinggi mempunyai postur badan yang baik,kurang sakit belakang dan lebih daya ketahanan.Ketahanan otot boleh ditingkatkan dengan cara mengangkat beban dengan banyak ulangan dan melakukan sit-up.Pengukuran ketahanan muskular boleh dibuat dengan cara mengira bilangan sit-up yang dilakukan dengan cara yang betul.
Fleksibiliti bermaksud keupayaan menggunakan sendi dengan sebaiknya.
Seseorang itu akan menjadi lebih fleksibel apabila ototnya panjang dan sendi boleh melakukan pergerakan sewajarnya.Mereka yang mempunyai fleksibiliti yang baik sukar mengalami kesakitan dan kecederaan otot.Regangan sebelum dan selepas senaman dapat membantu meningkatkan fleksibiliti.Pengukuran fleksibiliti boleh dilakukan dengan menjalankan ujian sit and reach dan trunk lift.
Komposisi tubuh bergantung kepada peratusan lemak tubuh.Mereka yang mempunyai peratusan lemak yang tinggi lebih berisiko menghidap penyakit.Senaman dan tabiat pemakanan yang sihat dapat meningkatkan komposisi tubuh.Pengukuran komposisi tubuh boleh dilakukan melalui ujian skinfold atau penentuan indeks jisim tubuh (BMI).

Nyatakan promosi kesihatan yang telah dilakukan.

Salah satu contoh promosi kesihatan yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah Kempen Cara Hidup Sihat (1991-2002).Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit.
Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema pertamanya penyakit-penyakit kardiovaskular.Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat serta untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan.
Objektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan di atas dapat mengurangkan kadar morbiliti dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup.Pada tahun 1998,Kempen Cara Hidup Sihat adalah bertemakan ”Senaman Asas Kesihatan”

Nyatakan apa yang terkandung di dalam kempen ”Senaman Asas Kesihatan”.

Penyebab utama kematian di Malaysia ialah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok.Hampir 30% kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18% daripada kesemua kematian di Malaysia.
Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan sedar akan kepentingan menangani faktor risiko penyebab penyakit kardiovaskular seperti gaya hidup yang tidak aktif atau sedentari,amalan pemakanan yang tidak sihat dan tabiat buruk merokok dalam usaha mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup.Cara hidup sedentari merangkumi gaya hidup yang tidak aktif,tidak mengamalkan senaman dengan tetap,banyak menghabiskan masa tanpa pergerakan yang secukupnya dan pekerjaan seharian yang tidak banyak menggunakan tenaga atau keringat.

Apakah faedah-faedah senaman?

Faedah senaman terbahagi kepada 2 iaitu dari segi fizikal dan psikologi.Dari segi fizikal,ia meningkatkan kecergasan kardiovaskular,menambahkan kecekapan pergerakan dan kelembutan,meningkatkan tonus otot dan postur,menambah kekuatan dan daya tahan otot,dapat mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan serta melambatkan proses penuaan.
Dari segi psikologinya,senaman boleh meningkatkan mood,meransang motivasi,mengurangkan stress atau tekanan perasaan dan meningkatkan ketenangan,memperbaiki imej diri dan mewujudkan kesejahteraan.


Apakah kesan senaman keatas kesihatan dan penyakit?

Senaman memberikan kesan ke atas 5 komponen iaitu komponen kardiorespiratori,
morfologi,metabolik,otot dan motor.


Komponen kardiorespiratori melibatkan kecekapan sistem kardiorepiratori. Jantung yang cergas dapat mengendalikan dan mengatasi permintaan lebihan yang kadang-kadang berlaku di luar dugaan.Sistem kardiorespiratori yang tidak efisien akan menyebabkan seseorang itu cepat penat disebabkan kekurangan oksigen dan tenaga.Melalui senaman yang regular,otot jantung akan menjadi lebih kuat dan dapat berfungsi dengan baik.Dengan kata lain,jantung dapat mengepam lebih banyak darah bagi setiap denyutan pada kadar perlahan sahaja tetapi tidak cekap.
Dari komponen morfologi,senaman boleh menguatkan tulang,menguatkan sendi dan meningkatkan kelembutan dan mengekalkan berat badan yang unggul.Senaman boleh memperbaiki kelenturan sendi dan mengekalkan atau menambah kepadatan tulang dan boleh mencegah oateoporosis dan ini seterusnya dapat mengurangkan risiko tulang patah.Kecederaan fizikal yang sering berlaku di kalangan mereka yang tidak aktif adalah berpunca daripada masalah pergerakan atau mortiliti yang dihadapi berikutan masalah otot tulang atau sendi di mana ini menyebabkan fleksibilit atau kelembutan terbatas.Senaman regangan boleh mengatasi masalah fleksibiliti dan fleksibiliti perlu dijaga di peringkat awal lagi.
Senaman membantu mengekalkan berat badan yang unggul dan mencegah lebihan berat badan.Senaman juga akan mengurangkan penimbunan lemak badan terutamanya di bahagian perut.
Dari komponen metabolik,senaman boleh meningkatkan penghasilah HDL yang baik untuk jantung dan mengurangkan paras glukosa darah.Senaman akan meningkatkan HDL iaitu bahan yang berfungsi memungut lebihan kolestrol dan membantu membuangnya dari badan.Senaman juga akan meningkatkan keseluruhan paras lemak dalam badan kerana ia akan meningkatkan pembakaran lemak tersebut.Semasa melakukan senaman,glukosa yang tersimpan dalam otot akan digunakan dahulu diikuti dengan glukosa darah.Ini secara perlahan-lahan akan menurunkan paras glukosa darah.Di samping itu,senaman turut dapat meningkatkan meningkatkan sensitiviti insulin dan metabolisme karbohidrat di mana sel badan bertindak lebih baik terhadap insulin untuk beberapa hari selepas senaman.
Dari komponen otot,senaman meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan daya tahan otot.Kekuatan otot penting dalam meningkatkan keupayaan bekerja, mengurangkan risiko kecederaan,mengelakkan dari masalah sakit belakang,postur yang tidak baik dan menjauhkan penyakit-penyakit hipokinetik.Senaman boleh meningkatkan daya tahan otot di samping boleh memperbaiki tonus otot.Daya tahan otot yang baik dapat meningkatkan kekuatan statik tulang,ligamen dan juga tendon.
Dari segi komponen motor,senaman boleh meningkatkan keseimbangan dan meningkatkan koordinasi.Keseimbangan yang baik bukan saja penting kepada atlet tetapi juga kepada warga tua.Keseimbangan yang baik akan menghindarkan kemalangan akibat terjatuh.Seseorang yang mempunyai koordinasi yang baik bermakna ia berkeupayaan menggunakan deria-deria dengan cekap dan tepat untuk menghasilkan pergerakan yang efisien dan menyeluruh.



Nyatakan prinsip dalam perskripsi senaman.

Terdapat 5 prinsip dalam preskripsi senaman iaitu spesifisiti senaman,progressive overload,frekuensi latihan,intensiti dan durasi dan keterbalikan.Prinsip ini bertujuan untuk mendapatkan kesan optima bagi seseuatu latihan.
Dalam spesifisiti senaman,adalah perlu diingatkan bahawa badan akan beradaptasi mengikut senaman yang spesifik.Oleh itu,pemilihan jenis senaman yang betul adalah penting bagi mendapatkan kesan seperti yang dikehendaki.Maka, perskripsi senaman yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan populasi kumpulan senaman bagi mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki.
Progressive overload merujuk kepada hubungan di antara dos sesuatu senaman dan keberkesanannya dan ini akan dihuraikan dalam subtopik preskripsi senaman. Overload merujuk kepada peningkatan dalam kerja yang dilakukan mengatasi daripada kerja-kerja yang dilakukan secara normal.Sebagai contohnya berjalan merupakan suatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh kebanyakan orang.Apabila seseorang itu menggunakan senamanberjalan sebagai salah satu daripada regimen latihan,adalah penting bagi memastikan bahawa kepantasan dan durasi senaman berjalan yang diberikan adalah melebihi daripada aktiviti seharian orang tersebut bagi mendapatkan kesan kecergasan.
Frekuensi latihan merujuk kepada jumlah rutin senaman atau aktiviti fizikal yang dilakukan.
Intensiti dan durasi dirangkumkan sekali disebabkan kedua-duanya adalah penting dalam megenalpasti jumlah keseluruhan atau load of exercise.
Keterbalikan merujuk kepada kehilangan adaptasi latihan senaman disebabkan ketidakaktifan.Kesan sesuatu latihan senaman yang diberikan akan mudah dilihat pada mereka yang kurang aktif berbanding mereka yang aktif.Jika seseorang itu tidak mengekalkan jumlah latihan minima yang perlu dilakukan,maka akan berlaku kehilangan kesan latihan yang dijalankan sebelum ini.Keadaan ini turut dikenali sebagai deconditioning atau detraining.

Apakah yang terkandung dalam evaluasi klinikal?

Yang terkandung di dalam evaluasi klinikal ialah ulasan rujukan,demografik (umur,jantina,bangsa),sejarah penyakit yang dihadapi,current medications,alahan atau alergi,sejarah perubatan lepas,sejarah keluarga,sejarah sosial,pemeriksaan fizikal,penilaian dan perancangan.
Ulasan rujukan bagi terapi senaman biasanya dijelaskan oleh pihak yang merujuk sama ada bagi meningkatkan toleransi senaman,meningkatkan kekuatan otot,meningkatkan range of motion ataupun bagi mengurangkan risiko penyakit.
Data-data demografik seperti umur,jantina dan bangsa adalah penting dalam memberikan informasi kesihatan yang berkaitan.Sebagai contoh,umur adalah faktor penting yang meningkatkan risiko seseorang menghidap kegagalan jantung kronik dan osteoarthritis.Umur merupakan penanda tidak bersandar berkenaan status kardiorespiratori.Jantina dan bangsa turut memberikan gambaran tentang kondisi kesihatan seseorang pesakit.
Dalam rekod sejarah penyakit yang dihadapi,ini adalah penting bagi merekod dan memberikan informasi primer berkenaan tentang keadaan pesakit.Elemen penting tentang penyakit yang dihadapi perlu didapatkan daripada pesakit seperti bermula sakit,keseriusan simptom,jenis-jenis simptom dan status terkini penyakit.
Laporan perubatan adalah penting bagi mengetahui jika terdapat ubatan yang mempengaruhi denyutan jantungyang mungkin akan menganggu latihan senaman. Adalah penting untuk mengetahui sejarah alergi pesakit.
Pemeriksaan fizikal seperti tekanan darah,kadar denyutan jantung,indeks jisim tubuh dan kadar pernafasan penting bagi mendapatkan data-data awal sebelum melakukan senaman.

Apakah yang dilakukan semasa ujian saringan kecergasan?

Perkara yang dilakukan semasa melakukan ujian saringan kecergasan ialah menyaring,menguji,menjangka dan memantau.

Nyatakan tujuan ujian saringan kecergasan.

Semasa ujian saringan dilakukan,ia bertujuan menyaring individu yang berisiko,merekodkan ketidakupayaan pesakit serta melakukan terapi atau rujukan perubatan.
Menguji keperluan pesakit bagi preskripsi senaman spesifik dan mengesan kekuatan dan kelemahan.
Menjangkakan hasil latihan yang diberikan dan penetapan sasaran.
Memantau keberkesanan program latihan dan perubahan kepada program latihan yang lain.

Apakah prosedur umum sebelum dan semasa memberikan senaman?

Pertama sekali ialah melakukan pra-ujian iaitu soal selidik kesediaan latihan,soal selidik gaya hidup dan perubatan dan borang kebenaran melakukan latihan.
Keduanya ialah pemilihan ujian kecergasan yang bersesuaian di mana ia bergantung kepada peralatan,persekitaran latihan,sasaran latihan,umur dan limitasi pesakit.Mencatatkan vadiliti,reliabiliti,sensitiviti,kebolehterimaan dan praktikal ujian serta norma diperolehi daripada populasi yang sama dengan pesakit.
Keadaan semasa pengujian dan ujian semula sepatutnya sama seperti waktu,peralatan,tahap kepenatan,motivasi dan lain-lain.
Penyampaian arahan semasa melakukan ujian hendaklah jelas dan tepat.
Senaman sebelum dan selepas ujian dilakukan dan mengikuti turutan latihan bagi mengelakkan risiko kecederaan.
Menghentikan latihan apabila terdapat tanda-tanda.

Apakah tanda-tanda yang boleh memberhentikan latihan?


2 tanda iaitu tanda-tanda absolut dan tanda-tanda relatif.
Tanda-tanda nyata contohnya ialah apabila pesakit disyaki mengalami infarksi miokardium atau serangan jantung,bermula sakit dada yang keterlaluan, penurunan tekanan darah sistolik di bawah tahap normal sewaktu rehat, tanda-tanda seperti pucat,sianosis dan sejuk,nafas pendek yang teruk atau luar biasa, simptom saraf seperti ataksia,vertigo,masalah gait dan visual,aritmia kardiak dan pemberhentian di atas permintaan pesakit.
Tanda-tanda relatif contohnya ialah sakit dada yang semakin meningkat, manifestasi verbal dan fizikal seperti semput,wheezing,kekejangan kaki,respon hipertensi dan keabnormalan pada bacaan ECG.

Apakah punca kesalahan ujian kecergasan?

4 punca kesalahan ujian kecergasan iaitu diatas pesakit sendiri,juruteknik, peralatan atau persekitaran.
Pesakit mungkin mempunyai kurang motivasi semasa membuat latihan,penat atau sebagainya.Mungkin juga disebabkan variasi berat badan berbanding komposisi badan daripada ujian ke ujian semula,contohnya perubahan diet,senaman sebelum menjalani ujian dan jenis pakaian yang digunakan.
Juruteknik mestilah mempunyai pengalaman terhadap teknik yang digunakan,memberi semangat kepada pesakit.Juruteknik yang kurang berpengalaman boleh menjadi punca kepada kesalahan dalam ujian kecergasan.
Peralatan yang digunakan juga mestilah bersesuaian dan tidak membebankan pesakit jika terdapat sebarang kerosakan.
Persekitaran yang mempengaruhi semasa senaman dilakukan ialah suhu bilik,cuaca dan masa.

Apakah yang terkandung dalam perskeripsi senaman?

Perskripsi senaman menekankan dos iaitu intensiti senaman yang bersesuaian dalam menghasilkan respon seperti yang dikehendaki dalam suatu jangkamasa yang ditetapkan.Jika perbandingan perubatan diberikan,cara rawatan bagi pening kepala adalah berbeza dengan rawatan yang diberikan kepada pesakit tuberkulosis (penyakit TB).Hubungan di antara dos-respon ini boleh digambarkan seperti di dalam rajah di bawah:









Potensi merupakan suatu ciri yang menggambarkan keberkesanan sesuatu dos yang diberikan.Sebagai contohnya,berjalan sejauh 4 kilometer membakar jumlah kalori yang sama seperti berlari sejauh 2 kilometer.
Cerun memberikan gambaran tentang perubahan yang berlaku kepada kesan akibat daripada perubahan dos.Sesetengah parameter fisiologi berubah dengan cepat dengan perubahan dos yang diberikan,akan tetapi kesan berkaitan kesihatan mungkin mengambil masa yang panjang untuk dilihat.
Kesan maksima atau efikasi adalah berbeza mengikut jenis senaman yang diberikan.Contohnya,senaman berat akan meningkatkan kapasiti maksima peparu dan mengurangkan faktor risiko manakala senaman ringan hanya akan mengurangkan faktor risiko sahaja.
Variabiliti sesuatu senaman berbeza di antara setiap orang.
Kesan sampingan mungkin wujud apabila melakukan senaman,seperti, kecederaan dan meningkatkan risiko kematian mengejut jika tidak dilakukan dengan betul.


Nyatakan dos-respon senaman.

Dos-respon senaman biasanya dicirikan dengan intensiti,frekuensi,durasi dan jenis aktiviti.
Intensiti boleh dikenalpasti berdasarkan %isipadu oksigen maksimum,%denyut nadi maksima,ROPE (rate of perceived exertion) dan OBLA (onset of blood lactate accumulation).
Frekuensi termasuklah bilangan senaman dalam sehari dan bilangan hari dalam seminggu senaman tersebut dilakukan.
Durasi sesuatu senaman boleh diberi berdasarkan jangkamasa (dalam minit) sesuatu senaman,jumlah kalori yang telah digunakan dan jumlah kalori yang digunakan per kilogram berat badan.
Jenis senaman terbahagi kepada 3 iaitu senaman aerobik (senaman daya tahan kardiovaskular),latihan bebanan (senaman resistance) atau senaman fleksibiliti (senaman kelenturan).

Apakah komponen yang terkandung di dalam female athlete triad?

3 komponen yang terkandung di female athlete triad iaitu amenorhea,kecelaruan pemakanan dan osteoporosis.

Apakah perkaitan senaman dengan ibu mengandung?

Kajian mendapati senaman yang berintensiti sederhana meningkatkan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.Wanita yang melakukan senaman semasa mengandung mendapat manfaat seperti meningkatkan fungsi kardiovaskular,kurang penambahan berat badan dan retensi lemak badan,meningkatkan pencernaan,mengurangkan masalah sembelit,mengurangkan masalah sakit belakang,meningkatkan atitut dan kesihatan mental,memudahkan proses kelahiran dan penyembuhan yang cepat.
Latihan atau senaman wajar di ubah atau dihentikan apabila seseorang ibu mengandung mengalami calf pain atau di bahagian ankle,tangan atau muka,acute ilness,decreased fetal movement,pendarahan vagina di awal kandungan,nausea,muntah,sakit dada atau excessive palpitation dan sudden onset of abdominal or pelvic pain.

Nyatakan perubahan fisiologi dan patofisiologi bagi tekanan darah.

Pelbagai sistem yang terlibat dalam pengawalaturan tekanan darah seperti renal,hormonal,vaskular,periferal dan sistem adrenergik pusat.Tekanan darah terhasil daripada keluaran jantung (cardiac output) dan rintangan periferal total (total peripheral resistance).
BP ↑=CO x TPR ↑
Tekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh jantung akan menolak darah untuk memasuki arteri.Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa kontraksi ventrikel iaitu mempunyai bacaan lebih kurang 120mmHg pada dewasa normal.
Tekanan darah diastolik ialah tekanan yang diukur semasa relaksasi ventrikel yang menunjukkan bacaan sekitar 80mmHg.
Rintangan yang diberikan oleh dinding salur darah akan mengurangkan tekanan darah dan kelajuan pengaliran darah.Ini dibuktikan dengan tekanan darah yang rendah di dalam vena.
Mekanisme berlakunya hipertensi melibatkan peningkatan TPR melalui vasokontriksi atau peningkatan CO (keluaran jantung) atau kedua-duanya.Kebiasaanya hipertensi berasosiasi dengan CO yang normal dengan peningkatan TPR.
Hipertensi boleh menyebabkan penyakit jantung diikuti dengan strok dan kegagalan renal.Hipertensi boleh merosakkan endothelium yang seterusnya meningkatkan risiko aterosklerosis dan lain-lain patologi vaskular.
Tanda-tanda dan simptom bagi pesakit hipertensi ialah sakit kepala terutamanya pada bahagian oksipital,dizziness,palpitation and easy fatigability.
Diagnostik dan penilaian makmal yang boleh dilakukan ialah pengukuran tekanan darah,urinalisis,hematokrit,blood chemistry (sodium,potassium,creatine,lipid profile) dan menggunakan ECG.

Apakah preskripsi senaman yang boleh dilakukan bagi pesakit hipertensi?

Bagi latihan kardiovaskular,intensiti yang rendah diberikan iaitu antara 40-70% isipadu oksigen maksimum,penglibatan otot-otot besar,frekuensinya di antara 3 hingga 7 hari seminggu dan durasinya ialah 30 hingga 60 minit (intermittent atau continuous aerobic).
Latihan bebanan yang diberikan adalah rendah,tetapi ulangan diantara 10-15 repetition.Latihan beban litar juga didapati sesuai bagi pesakit hipertensi.
Latihan fleksibiliti yang boleh diberikan kepada pesakit hipertensi ialah dalam 2-3 kali seminggu,juga boleh dilakukan regangan statik.

Nyatakan fisiologi dan patofisiologi aras glukosa darah.

Glukosa diperlukan sebagai salah satu sumber penghasilan tenaga.Hiperglisemia bermaksud aras glukosa yang tinggi di dalam datah.Hiperglisemia yang kronik boleh membawa kepada diabetes melittus.Diabetes melittus boleh dikategorikan kepada 3 iaitu jenis I,jenis II dan diabetes gestational.
Tanda-tanda dan simptom bagi pesakit yang menghidap diabetes ialah dahaga yang melampau (polidipsia),poliuria,susut berat badan,penyembuhan luka yang lambat,gangguan penglihatan dan keletihan.
3 cara untuk membuat diagnosis diabetes melittus iaitu mempunyai aras glukosa darah (≥200 mg/dl (11.1 mmol/l)) tanpa mengambil kira pengambilan makanan, atau aras glukosa darah semasa berpuasa atau tudak mengambil kalori melebihi 8 jam (≥ 126 mg/dl (7.0 mmol/l)) atau plasma glukosa (2 jam ≥200mg/dl (11.1 mmol/l)) semasa ujian toleransi glukosa.Lain-lain ujian yang boelh digunakan ialah ujian HbA1c,mikroalbuminuria (albumin/keratin ratio) dan lipid darah bagi yang dewasa.

Apakah perskripsi senaman yang boleh diberikan kepada pesakit diabetes?

Latihan kardiovaskular yang boleh diberikan kepada pesakit diabetes ialah berjalan,berbasikal,berenang dan sebagainya.Frekuensi latihan adalah dalam 3 hingga 5 kali seminggu atau sekerap yang boleh.Durasinya ialah antara 20 hingga 60 minit dan intensitinya ialah daripada 50 hingga 70 % maksimum pengambilan isipadu oksigen.
Jenis latihan bebanan yang boleh diberikan ialah free weigth,machine dan penggunaan gelang getah.Frekuensinya ialah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu tetapi bukan hari yang berturutan.Durasinya ialah 10-15 ulangan per set,1 atau 2 set bagi setiap jenis latihan.Intensitinya ialah 50-60% daripada 1RM.
Dalam latihan fleksibiliti,jenis latihan yang boleh diberikan ialah regangan statik. Frekuensi latihan ialah selepas latihan senaman aerobik.Durasinya ialah 10-30 saat per setiap kumpulan otot besar.

Apakah pertimbangan khusus yang perlu dipertimbangkan sebelum memberikan senaman?

Perhatikan komplikasi neurologi atau vaskular seperti iskemia yang boleh berlaku akibat senaman yang diberikan.Pertimbangan ECG senaman bagi pesakit yang disyaki atau menghidap penyakit jantung koronari.Pastikan pesakit melakukan warm-up dan cool down.Berhati-hati ketika memilih jenis dan intensiti senaman.Ransang pembelajaran pesakit.Galakkan pesakit menggunakan kasut yang sesuai.Ajar pesakit supaya mengelakkan senaman pada waktu yang terlampau panas atau sejuk.Galakkan pesakit memeriksa kaki setiap hari selepas melakukan senaman.Ajar pesakit bagi mengelakkan melakukan senaman semasa kawalan metabolik badan rendah.Arahkan pesakit meminum air secukupnya.Arahkan pesakit supaya memantau aras glukosa darah sekiranya pesakit menggunakan suntikan insulin atau mengambil sebarang agen hipoglisemik oral.

Terangkan fisiologi dan patofisiologi aras kolestrol dalam darah.

Lipid merupakan bahan yang tidak larut air dan diangkut dalam plasma melalui lipoprotein.Lipoprotein mengandungi trigliserida,kolestrol ester dan bebas, fosfolipid dan apoprotein.Lipoprotein terbahagi kepada kilomikron,VLDL,IDL, LDL dan HDL.Hiperlipidemia merupakan aras lipd yang tinggi di dalam darah manakala dislipidemia ialah perubahan aras lipid dan lipoprotein plasma akibat faktor genetik,persekitaran dan patologi.

Apakah maksud bagi perkataan berikut?
-Hiperkolestrolemia=kolestrol dalam darah melebihi 240mg/dl
-Hipertrigliserida=peningkatan aras trigliserida semasa berpuasa
-Hiperlipoproteinemia=peningkatan aras kumpulan lipoprotein dan biasanya merujuk kepada peningkatan LDL.
-Hiperlipoproteinemia=penurunan aras kumpulan lipoprotein dan biasanya merujuk kepada penurunan aras HDL.

Diagnostik dan penilaian makmal.
Pengukuran aras kolestrol total,LDL,HDL dan TG selepas 12 jam berpuasa dan pengukuran enzimatik (subfraksi lipoprotein dan apoprotein) hanya dilakukan atas arahan pakar lipid.

Apakah preskripsi senaman bagi mereka yang menghidap penyakit berkaitan dengan kolestrol?

Latihan kardiovaskular
-Jenis=berjalan,berbasikal,berenang
-Frekuensi=3-4 kali seminggu
-Durasi=sekurang-kurangnya 30 minit (intermittent atau continuos)
-Intensiti=60-85% VO²max

Latihan bebanan
-Jenis=free weight,machines,gelang getah
-Frekuensi=sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
-Durasi=8-12 ulangan per set,1 atau 2 set bagi setiap jenis latihan
-Intensiti=50-60% daripada 1RM

Latihan fleksibiliti
-Jenis=regangan statik
-Frekuensi=setiap hari
-Durasi=5-10 minit

10 comments:

  1. Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
    Emel kami di homeofequity@gmail.com
    ================================
     Nama: ...................
     Nama kedua.................
     Alamat : .................
     Negara: ...................
     Umur: ..........................
     Seks: ....................
     Nombor telefon : ..............
     Status: .................
     Pekerjaan: ...............
     kedudukan: .................
     pendapatan bulanan : ..............
     Jumlah Pinjaman: .................
     Tujuan Pinjaman: ...............
     jangka masa: ....................
     Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
     awak faham Inggeris : .................
     Emel kami di homeofequity@gmail.com
     Yang ikhlas ,
    Nicolas Payne
    MODAL EKUITI

    ReplyDelete
  2. Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
    Emel kami di homeofequity@gmail.com
    ================================
     Nama: ...................
     Nama kedua.................
     Alamat : .................
     Negara: ...................
     Umur: ..........................
     Seks: ....................
     Nombor telefon : ..............
     Status: .................
     Pekerjaan: ...............
     kedudukan: .................
     pendapatan bulanan : ..............
     Jumlah Pinjaman: .................
     Tujuan Pinjaman: ...............
     jangka masa: ....................
     Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
     awak faham Inggeris : .................
     Emel kami di homeofequity@gmail.com
     Yang ikhlas ,
    Nicolas Payne
    MODAL EKUITI

    ReplyDelete
  3. Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
    Emel kami di homeofequity@gmail.com
    ================================
     Nama: ...................
     Nama kedua.................
     Alamat : .................
     Negara: ...................
     Umur: ..........................
     Seks: ....................
     Nombor telefon : ..............
     Status: .................
     Pekerjaan: ...............
     kedudukan: .................
     pendapatan bulanan : ..............
     Jumlah Pinjaman: .................
     Tujuan Pinjaman: ...............
     jangka masa: ....................
     Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
     awak faham Inggeris : .................
     Emel kami di homeofequity@gmail.com
     Yang ikhlas ,
    Nicolas Payne
    MODAL EKUITI

    ReplyDelete
  4. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    email: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    TEL: +60183723787
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    email: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    TEL: +60183723787
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai Ketua Kesaksian saya bagaimana saya menerima pinjaman daripada Ringgit Plus syarikat pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah 3%.
    • Jaminan 100% dan pemindahan dipercayai
    • Tiada caj Pre
    • Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan keadaan
    • Tempoh (1-20) tahun
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
    riggitplus@gmail.com

    ReplyDelete


  7. Assalamualaikum
    'Insya Allah' ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM menawarkan pinjaman dengan tingkat persentase tahunan yang sangat rendah APR menghubungi kami melalui e-mail kami: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com} untuk menikmati hal berikut: apakah Anda ditolak oleh Bank sebagai akibat dari kredit Sejarah Buruk Anda berutang secara finansial apakah Anda memerlukan dana untuk ekspansi bisnis atau Anda ingin memulai bisnis dengan modal tambahan atau Anda memerlukan pinjaman yang sangat besar untuk melaksanakan proyek ini, antara lain dengan ISKANDAR LOAN FIRM Anda bisa mengatakan "Alhamdulillah" karena kami menjamin kelayakan kepercayaan kejujuran 100% dalam pelayanan kami segera hubungi kami BBM INVITE: {D8980E0B} atau melalui alamat e-mail di atas Assalamu'alaikum wr wb,Allahu Akbar............Allahu Akbar..........Allahu Akbar

    ReplyDelete
  8. Apakah Anda memerlukan pinjaman segera untuk menyelesaikan kebutuhan finansial Anda? Apakah Anda memerlukan dana untuk melunasi hutang Anda? Apakah Anda mencari modal awal? Atau Anda ingin memperpanjang bisnis yang ada, silahkan cari lebih lanjut karena kami menawarkan pinjaman antara maksimum maksimum sebesar $ 5.000,00 sampai $ 20,000,000.00, kami dapat dipercaya, santai, masuk akal dan dinamis, dengan Garansi 100% Kami juga menyediakan mata uang {£, €, IDR dan $} Yang paling menarik adalah pinjaman kami ditawarkan dengan harga sangat rendah silahkan hubungi kami melalui alamat kontak berikut
    Website: https: //iskandarlestari.wordpress.com
    E-mail {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
    BBM INVITE: {D8980E0B}

    ReplyDelete
  9. KAMI MENAWARKAN PINJAMAN 1 JAM TRANSFER PERBANKAN

    Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    neadneadloan@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
    neadneadloan@gmail.com

    ReplyDelete

  10. WE OFFER LOAN 1 HOURS BANKING TRANSFER

    Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    neadneadloan@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:
    neadneadloan@gmail.com

    ReplyDelete